Pihak UsahawanCyber telah/akan mengeluarkan pelbagai jenis panduan serta aplikasi yang berkaitan dengan perniagaan secara online. Oleh yang demikian, untuk memudahkan pengguna membuat rujukan, pihak kami telah membahagikan terma dan syarat kepada DUA kategori iaitu :

1) Terma dan syarat utama.

2) Terma dan syarat mengikut panduan atau aplikasi.

Terma Dan Syarat Utama
  • Anda haruslah bersetuju untuk tidak menggunakan mana-mana panduan atau aplikasi kami ke arah yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan juga agama Islam.
  • Anda haruslah bersetuju untuk tidak memutarbelitkan sebarang fakta atau info yang boleh menimbulkan kekeliruan orang awam terhadap pihak UsahawanCyber.
  • Sekiranya terdapat sebarang masalah, kekeliruan, ketidakpuasan hati dan sebagainya antara anda dengan pihak UsahawanCyber ataupun pengguna lain, anda haruslah mengambil langkah diplomasi terlebih dahulu dengan menghubungi pihak yang terlibat secara personal (email, telefon dan sebagainya) untuk menyelesaikan isu yang timbul. Sekiranya tidak dapat diselesaikan, barulah anda boleh membawa isu yang berkaitan ke mahkamah. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa sebarang isu ke media social, blog, media perdana dan sebagainya.

Terma Dan Syarat Mengikut Panduan/Aplikasi.

  • Pihak kami berhak menyekat atau menamatkan langganan anda terhadap mana-mana produk atau servis kami sekiranya anda didapati bersalah melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Pihak UsahawanCyber berhak mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Pihak UsahawanCyber berhak mengubah, menambah atau membuang mana-mana terma dan syarat dari masa ke semasa mengikut keperluan tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak lain sekiranya ia baik untuk semua pihak.