Profil

UsahawanCyber.Com dilancarkan secara rasmi pada tahun 2011. Matlamat utama penubuhan platform ini adalah untuk menyediakan panduan serta peralatan bagi membantu usahawan online menjalan perniagaan mereka.

Di sini kami menyediakan panduan dalam bentuk post serta video bagi memudahkan usahawan online memahami panduan/peralatan yang dibeli. Dengan adanya panduan, peralatan serta bantuan yang disediakan, usahawan online akan dapat menguruskan perniagaan mereka dengan lebih cepat, mudah dan tersusun.

Diharap dengan kewujudan  platform UsahawanCyber.Com  ini akan dapat membantu membimbing usahawan online untuk menjalankan perniagaan mereka dengan lebih mudah sekaligus membolehkan mereka menjana pendapatan yang lumayan.

[feature_box style=”2″ only_advanced=”There%20are%20no%20title%20options%20for%20the%20choosen%20style” content_font_spacing=”1″ alignment=”center”]

UsahawanCyber.Com telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di atas nama JV Warrior Network dengan nombor pendaftaran MA0211609-W.

[/feature_box]