Kena VSS? Kontrak Kerja Tak Disambung? Dah Bosan Kerja? BACA NI SEKARANG!

kena buang kerja

Post ni sebenarnya aku nak dedikasikan pada staf Oil & Gas yang kena VSS...Tapi ia jugak "terpakai" untuk korang yang dah bosan kerja, dah bosan menggangur atau mengidam nak beli rumah/kereta/kawin dalam masa terdekat.

Aku tau sekarang ni ramai yang tengah pening kepala terutamanya staf Oil & Gas sebab kena VSS, tak disambung kontrak, etc...Kepala sekarang mungkin asyik mengelamun dan berdenyut-denyut memikirkan mana nak cekau duit bila dah tak kerja nanti...Aku tak "mudahkan" korang...Kalau aku kena pun, mungkin aku akan pening lalat jugak.

Ye lah, kebanyakkan yang kena VSS ni engineer-engineer yang gaji dah besau-besau...Hutang kereta dan rumah mungkin atas setengah juta...Tetiba hilang sumber pendapatan...Kalau ko tak pening?

Nak apply keje lain mungkin boleh...Tapi nak dapat gaji yang sama atau lebih tinggi tu memang agak perit la...Dalam keadaan ekonomi macam sekarang, kebanyakkan company lebih prefer ambil fresh graduate sebab tak payah bayar gaji mahal-mahal... 😆

Untuk yang dah otai-otai ni, takkan lah nak start dari gaji RM2k semula...Mana cukup nak bayar itu ini...Dulu gaji RM10k ke atas...Tetiba sekarang jadi RM2k?...Tak sanggup kawan!

So apa option yang terbaik???

Don't worry guys...Aku ada solution terbaik untuk korang...Sebelum korang, aku sebenarnya dah terlebih dulu resign dari O & G...Sebenarnya korang kena bersyukur banyak-banyak sebab kena VSS atau tak disambung kontrak...Sebabnya adalah kerana mungkin Allah SWT nak bagi income yang berlipat kali ganda pada korang kalau korang sanggup berkorban untuk buat benda baru yang lebih mudah dari kerja korang sekarang!

Cuba korang toleh kebelakang sat...Ingat balik apa yang korang dah lalui...Mungkin...

  • Kerja bagai nak rak setiap hari
  • Takda masa untuk rehat
  • Takda masa dengan keluarga
  • Takda masa nak fikir akhirat
  • dan sebagainya...

Sekarang ni bila korang dah kena VSS, mungkin Allah SWT nak bagi...

  • Tak banyak kerja
  • Banyak masa untuk family
  • Banyak masa untuk Allah SWT
  • Banyak masa untuk berehat dan travel
  • dan sebagainya...

So the first step adalah SYUKUR...Tanamkan dalam diri 'setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya"!

Memahami Keadaan Semasa

Sekarang ni kalau korang tengok keadaan sekeliling, memang susah korang nak dapatkan semula "gaji" korang tu...Kalau dapat sekalipun, hidup korang mungkin akan berterusan sibuk, serabut dan sebagainya.

So apa option terbaik bro??

Kalau korang tanya aku, of course jawapan aku adalah BERNIAGA...

Hok aloh...Ni mesti nak suruh aku join MLM atau jadi agen insuran kan? Sori bro, bukan level aku nak buat semua tu! Takde maknanya aku nak gi jumpa orang, kejar orang, merayu kat orang!

Rileks dulu bro/sis...Ko ingat berniaga ni cuma MLM dengan insuran je? Ada beribu jenis bisnes kat luar sana tu yang ko sendiri mungkin tak pernah dengar...Yang ko mungkin pernah dengar...

Sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan.

So kalau gaji korang sekarang RM10k, mungkin dengan bisnes income korang boleh jadi RM100k sebulan...Ini bukan cerita rakyat...Tapi korang sendiri mungkin pernah nampak kawan-kawan yang dulu susah, bila buat bisnes je jadi jutawan!

Ok bro...Aku terima la cakap ko ni...Tapi ko kena faham, aku perlukan fast income...Bulan-bulan RM5-6k aku kena bayar itu ini...Duit pampasan pun dah nak abis ni...Bisnes mesti makan masa nak naik!...Mati akal dah ni!

Lecturer aku pernah cakap..."Kalau negara kita di timpa musibah, engineer akan jadi individu yang paling lambat surrender sebab engineer ni memang dilahirkan untuk carik sulotion kepada masalah-masalah orang"...Anyway aku faham...Mungkin skill mencarik solution tu dah makin menipis dari diri korang sebab waktu kerja dulu, everything dah disusun...Korang tinggal follow je...Kalau nak buat pembaharuan pun kadang-kadang tak guna sebab boss keras kepala...Tak nak terima pembaharuan! 😆

Tapi takpelah...Lupakan semua tu...Yang penting sekarang korang baca sebutir-sebutir apa yang aku nak share ni...Honestly dalam keadaan sekarang, tak semua bisnes sesuai untuk korang...Korang perlukan bisnes yang start-start je terus boleh dapat income 3-5 angka...Bisnes macam ni memang ada...Tapi korang perlu sedia untuk korban masa, tenaga dan duit untuk struggle dalam sebulan dua...Once bisnes tu dah jalan cantik, barulah korang boleh rileks-rileks dan maintain buat kerja secara santai, tapi sistematik!...Aku rasa korang takda masalah nak korbankan masa, tenaga dan sedikit duit sebab engineer kan dah biasa kerja dalam keadaan macam tu... 😎

Okeh bro, cun! Cer story bisnes apa tu?

Orite ceritanya macam ni...Korang pernah tak dengar pasal Aliexpress, Banggood, Ebay dan yang seangkatan dengannya?

Kalau korang tengok, dekat situ ada jual macam-macam produk...Produk untuk lelaki ada, untuk perempuan ada, untuk orang dewasa ada, untuk kanak-kanak pun ada...Ada yang mungkin korang dah biasa tengok dan ada jugak produk yang korang tak pernah tengok langsung...Harga pun boleh tahan murah!...Beribu orang beli...Contohnya dekat Aliexpress, minggu ni punya top selling product adalah macam dalam gambar kat bawah ni...

Selain tu, ada jugak yang tawarkan harga yang lebih murah kalau kita beli bundle...Contohnya...

Cool kan... 😎

Peluang...Peluang...Peluang!

Untuk makluman korang, dekat Msia ni ada segelintir budak-budak yang jauh lebih muda daripada korang, jauh lebih mentah daripada korang dan mungkin jugak jauh lebih "serabai" daripada korang... 😆

TAPI...

Income dieorg mungkin berbelas kali ganda lebih banyak daripada gaji Oil & Gas korang tu!

Perrghh...Biar betik...Dieorg buat ape???

Okeh, apa yang dieorg buat simple je sebenarnya...Tak serumit subjek calculus yang korang belajar waktu kat U dulu...Apetah lagi nak compare dengan kerja-kerja engineering yang korang buat...Tak sesusah tu kawan!

Ni kerja level-level budak hingusan je...Kan aku dah cakap tadi dieorg ni muda dan mungkin lebih "serabai" daripada korang..haha

Apa yang dieorg buat sebenarnya adalah :

  • Langkah 1 - Pilih produk yang ohsem dekat website yang aku story tadi.
  • Langkah 2 - Buat website, then jual produk-produk ohsem tu pada harga lebih tinggi.
  • Langkah 3 - Then promote website dieorg guna FB Ads pada Mat Salleh...Tak main orang Msia beb sebab orang Msia tengah takde duit...hehe
  • Langkah 4 - Bila ada sale, customer akan bayar kat dieorg pada harga jualan (dah siap markup la ni)...Then dieorg akan order barang dekat website tadi pada harga murah/agen.
  • Langkah 5 - Supplier produk akan terus pos produk pada customer yang beli.
  • Langkah 6 - Dieorg pulak boleh terus withdraw duit untung ke bank tempatan atau guna card bank US Payoneer yang boleh dicucuk dekat mesin ATM tempatan.

Semudah tu je...Dieorg tak payah nak stress-stress keluarkan modal beli barang dulu, simpan stock, pergi pos barang dan sebagainya...Just duduk kat umah pakai boxer/short/kain palekat, then dapatkan sale dulu sebelum order pada supplier...Untung atas angin je bhai!

Ho...Ho....Best...Best...Aku dah nampak masa depan!...Tapi bro, aku perlukan guide...Maklumlah, dah berumur...Minyak pelincir dah kering.

Takde hal bro/sis...Bila aku sembang, aku sediakan sekali solutionnya...Aku paham korang kan takde masa dah nak kaji-kaji...In fact benda ni memang kena ada guide jugak kalau nak berjaya...Bukan boleh main redah macam tu je...Korang pun nak pakai duit cepat kan...So, kalau korang dah faham + dah nampak potensi + dah teruja, aku datangkan khas buat korang "kembar" Sapek Sali...

and the gang...

Dieorg ni lah yang akan guide korang melalui video tutorial berduration berbelas jam...Korang cuma perlu dapatkan panduan dieorg...Then tengok, angguk-angguk, hadamkan dan terus buat...Kalau tak faham, dieorg akan berikan support!

Siapa Dieorg Ni?

Ntah...Aku pun tak kenal semua...Yang aku kenal cuma Wazeen je sebab die client aku sejak 2012...Lagi dua orang tu sek-sek klate die kot!...Wazeen ni dulu kalau PM, sembang riban-riban je dengan aku...Tapi sekarang, sembang ratus riban je bhai...

Ape tak nye...Keje dia just buat macam yang aku story tadi sambil bela jambang...Sale puluh/ratus k sebulan...Apa ade hal kan...Silap-silap haribulan korang pun boleh berjambang macam dia...

Bro, apa hal sampai berjambang-jambang ni bro? Kesian ko bro...Lepas kena VSS terus jadi macam ni!

Ehh...takde lah bro...Aku bela jambang ni sebab senang nak selit duit...Income jual produk international 10 kali ganda gaji aku dulu <--- ni jawapan cool ke riak ni... 😆

Akak-akak engineer jangan plak bela jambang k...Kalau laki korang mimpi ngeri jangan salahkan aku plak... 😆

Alhamdulillah...Ko bawa sinar harapan pada aku bro...Tapi, macam mana nak dapatkan panduan yang ko sebut-sebut tu?

Hok aloh...Lupa pulak aku nak bagi link...Sori...sori...kepala aku laju je pikir nak tulis apa sampai lupa nak kasik link...Orite bro/sis...Nama panduan ni Shopievo...Kalau korang berminat nak dapatkannya, just klik je button kat bawah ni...Then buat pembelian cepat-cepat sebab aku dengar dieorg nak naikkan harga hampir sekaliganda tak lama lagi.

Dapatkan Sekarang >>

 

Bila korang dah dapatkan panduan tu nanti, korang bolehlah terus buat cepat-cepat...InsyaAllah ada rezeki untuk korang...Benda ni client aku buat 2 bulan lebih je dah boleh dapat sale RM400k ++...Tak gempak kate ko? Silap haribulan boleh beli rumah cash!

Recap

Setiap musibah yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya...Kena VSS mungkin musibah untuk korang...Terbaca post ni pulak mungkin "hikmah" di sebaliknya...Tapi benda ni takkan mendatangkan apa-apa hasil kalau korang tak bertindak.

Ingat, bisnes tak sama macam makan gaji...Korang kena ubah minded korang...Makan gaji buat kerja lambat-lambat pun gaji tetap masuk...Bisnes ni, kalau korang lambat-lambatkan, takde lah gaji untuk korang...Silap-silap hari bulan makin lama makin papa kedana.

Tips aku nak bagi hasil pengalaman aku sendiri - Bisnes tak perlu pikir terlalu panjang...Just plan sekali, then terus buat...Kalau tak berhasil, plan semula dan terus buat lagi.

Ok lah geng...Aku rasa cukuplah perkongsian buat kali ni...All the best untuk korang...Semoga sabar dan gigih menempuhi alam bisnes yang awal biasanya pahit, tapi pertengahan dan hujungnya manis... 😎

Kalau korang rasa post ni bermanfaat, tolong klik button SHARE k...InsyaAllah hari ni korang tolong orang, esok lusa orang pulak tolong korang... 😀

 

12 Comments

  • sueella

    Reply Reply March 27, 2016

    berniaga guna konsep dropship memang terbaik.. tambah2 lagi kalau market antarabangsa.. duit kita jd 4 kali ganda tu..

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply March 28, 2016

      Yup kak…pd sy mmg rugi kalau tak buat…bisnes ni thorbaek…:)

  • ustaz adam

    Reply Reply March 28, 2016

    subhanarllah… dikala ku mencari.. kau temukan peluang ini.. besarnya nikmat kau berikan pada kami hambamu.

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply March 28, 2016

      Alhamdulillah…Semoga bermanfaat Ustaz Adam…:)

    • wan

      Reply Reply March 29, 2016

      Assalam. memandangkan ada ustaz kat sini, ingin saya mengajukan soalan tentang urusniaga ini kepada ustaz, apa hukum berniaga ambil untung atas angin mcm ni. sbb kita x modalkan duit kita dulu utk beli produk tu. kalau kita beli dulu kemudian jual balik baru halal hukumnya. mohon pencerahan daripada ustaz.

      • UsahawanCyber.Com

        Reply Reply March 29, 2016

        Ok tuan…sy ade buat sedikit rujukan…Apa yang sy faham, dropship ni lebih kurang sama dengan konsep Jual Beli Salam…Ni ada satu video penerangan yang mungkin tuan boleh tengok – https://www.youtube.com/watch?v=yElHECfMKGQ

  • Zul

    Reply Reply March 28, 2016

    Terbaik…terima kasih

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply March 28, 2016

      Sama2 tuan…semoga bermanfaat..:)

  • alfie

    Reply Reply March 28, 2016

    Ini baru betul…..konsep dropship yg ader website dgn segala fungsi bagai…..ini tidak….kat Mesia main PM….PM…PM…kalau ader sales pun tunggang – terbalik…..takder rekod…lebih teruk lagi kena buat dari A—>Z…..

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply March 29, 2016

      Betul tuan…dropship international ni lebih sistematik dan mudah…Kerja pun minimum..:)

  • Azizam

    Reply Reply March 29, 2016

    Terbaik….terima kasih…Tapi , lumrahnya , makin besar income , makin susahlah kerja / makin besarlah risiko kerja yg kita buat….So , apa worst case scenario sekiranya peserta2 dah sedaya upaya mencuba apa yg dibimbing oleh team anda , tetapi tak berjaya ?…

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply March 29, 2016

      Yup betul…Makin besar income, maksudnya makin banyak kerja..Antara kerja yang kita kena buat adalah order brg pada supplier bila dapat sale…Tapi benda ni normal dalam apa-apa bisnes…Kalau kita jual tudung sekalipun, makin banyak sale, of course makin banyak kerja…Mungkin sampai tahap kita kena hire staf…Tapi still berbaloi sebab untung makin banyak.

      Dari segi risiko :

      1) Panduan ni dijual pada harga RM300++ hingga ke RM500++…So kalau dah beli, tapi tak buat, rugilah amount sebanyak tu…Sama jugak macam kalau kite persi seminar, workshop dan sebagainya…kalau dpat ilmu, tapi tak amal, tetap takde hasilnya.

      2) Dalam apa-apa jugak bisnes, kos marketing mmg akan ada…Even buat MLM / insurans secara offline pun, kite still kena kluarkan duit minyak untuk jumpa/call org…Macam tu jugak dropship…Kite ada kos dr segi marketing…So kalau dah buat marketing, tapi takde sale, maka burnlah duit marketing..Btw, owner panduan ni ade sediakan panduan marketing yang betul dan sediakan support…So kita boleh dapatkan support daripada dieorg dari masa ke semasa.

      3) Mungkin ada masa-masanya produk yang kita jual tu laku kaw-kaw…tapi supplier plak kekurangan stock…So kite kena bgtau customer untuk delay atau refund.

      Mostly risiko kat atas ni terpakai untuk semua jenis bisnes..bukan dropship sahaja… 🙂

Leave A Response To sueella Cancel reply

* Denotes Required Field