Setelah anda dapat kumpul prospek, anda haruslah jaga dan kembangkan mereka...Ini dapat dilakukan dari awal lagi iaitu dengan cara reply komen (sambil tag) mereka setelah mereka tinggalkan komen di post yang anda gunakan untuk tujuan kumpul prospek sebentar tadi...Sebagai contoh, sila rujuk rajah di bawah :

komen&tag

Jika anda lihat rajah di atas, saya suruh prospek tinggalkan komen "Bro As, saya dah hantar email untuk dapatkan info lubuk produk hot" setelah mereka lakukan pendaftaran...Setelah itu, saya akan reply sambil tag nama mereka...Apa yang akan berlaku adalah :

  • Ketika mereka komen, mereka akan taip nama saya...Jadi mereka akan mula kenal atau ingat saya.
  • Ketika mereka komen, hubungan antara mereka dan saya akan mula terjalin.
  • Ketika mereka komen, rakan-rakan mereka akan nampak...Jadi viral marketing terhasil secara semulajadi (percuma).
  • Apabila saya reply sambil tag, itu menunjukkan kesungguhan saya menghargai permintaan mereka untuk mendapatkan panduan percuma.
  • Apabila saya reply sambil tag, itu menunjukkan saya menyambut baik hubungan yang baru mula nak terjalin.
  • Apabila saya reply sambil tag, rakan-rakan mereka akan nampak...Jadi viral marketing terhasil secara semulajadi (percuma) sekali lagi.

Hasilnya pada peringkat awal lagi saya dah pun berjaya jaga hubungan dengan prospek yang saya kumpul melalui komen dan tag...Pada masa yang sama juga, saya dapat kembangkan bisnes saya kepada prospek baru iaitu kawan-kawan prospek telah saya kumpul melalui viral marketing.

Jadi langkah pertama untuk jaga dan kembangkan prospek telahpun berjaya dilakukan dengan mudah...Untuk langkah seterusnya anda hanya perlu ulang perkara yang sama sahaja sebenarnya...Apa yang anda perlu lakukan adalah :

  • Buat post di facebook dari masa ke semasa...Ia boleh jadi perkongsian tips, tawaran, promosi dan sebagainya.
  • Setelah itu, anda hanya perlu hantar email kepada subscriber anda (prospek yang telah dikumpul di dalam Parabots Pro) untuk membawa mereka ke post yang anda buat...Sebagai contoh anda mungkin boleh buat email seperti berikut :

email-post

  • Apabila subscriber anda klik pada link terdapat dalam email, mereka akan dibawa ke post anda...Seterusnya mereka mungkin akan like/komen/share post tersebut...Ini akan menyebabkan viral marketing terhasil dan akhirkan subscriber baru dapat diperolehi secara tidak langsung.

Pastikan anda lakukan perkara di atas secara berterusan dari masa ke semasa...Hasilnya, hubungan anda dengan subscriber akan lebih akrab, kepercayaan mereka kepada anda semakin meningkat dan jumlah subscriber anda akan terus berkembang dari masa ke semasa...Dengan demikian, barulah bisnes anda akan terus bertahan lama dan terus berkembang seiring dengan perkembangan jumlah subscriber yang diperolehi... :mrgreen:

  • PERHATIAN :
  • Bukan semua post anda perlu di promote menggunakan email...Seelok-eloknya anda hanya pilih post yang betul-betul berkualiti sahaja.
  • Untuk membuatkan subscriber tidak jemu, pastikan anda hantar email tidak melebihi 3 kali dalam seminggu....Seelok-eloknya hantar sekitar 1-2 kali sahaja dalam seminggu.
  • Pastikan anda berterusan cari subscriber baru sama ada menggunakan kaedah berbayar mahupun kaedah percuma sehingga jumlah subscriber yang terkumpul mencecah 5ooo orang...Selepas itu, baru lah anda boleh biarkan subscriber anda meningkat sedikit demi sedikit dengan sendirinya melalui viral marketing semata-mata.
  • Pastikan juga anda sentiasa cuba respon pertanyaan, PM serta email prospek secepat mungkin yang anda mampu untuk menunjukkan komitmen serta support terbaik daripada anda untuk mereka.