Aku akan terangkan satu persatu penyelesaian untuk benda-benda kat atas ni...Tapi sebelum tu ade benda yang lebih penting yang korang perlu tau dalam bab-bab kumpul list ni iaitu "Matlamat Pemasaran".

Ape kebende tu bro?

Ok macam ni...Marketing (pemasaran) ni ada banyak jenis...Setiap jenis berbeza matlamat jangka mase pendek die...Untuk long term, of course matlamatnya sale...Tapi ramai org buat 1 jenis je...Otai-otai biasanya run banyak jenis sekaligus...Kalau korang buat banyak jenis, insyaAllah sale lagi berganda.

1) Marketing untuk dapatkan sale on the spot (ramai orang buat).

2) Marketing untuk bagi orang ingat...Contoh : "Ingat kain, ingat Jakel"..."Alhamdulillah, mujur ade Pamoga"...So bila orang nak beli kain je, terus terpikir Jakel...Bila ade mak cik - mak cik lemah lutut/badan nak buat kerja, terus ingat Pamoga.

3) Marketing untuk dapatkan "action" tertentu...Contoh : Dapatkan list (email), phone, like, comment, etc...Jenis ni bagus untuk followup, recurring sale, bina kreadibiliti dan viral marketing.

dan banyak lagi... 🙂

Semua jenis marketing boleh dibuat secara direct dan indirect...Contohnya, ape kaitan bola dengan Pamoga? Takde kaitan pun kan...Tapi sebab ramai orang minat dan tahu pasal bola, so Pamoga pun boleh dapat "benefits" secara tak langsung...Paling koman pun, korang akan kenal dan ingat nama "Pamoga" tu!...So itu contoh "indirect".

Dalam bab ni kita akan gunakan kaedah marketing yang ke-3 iaitu "Marketing untuk dapatkan "action" tertentu - email"...So korang kena ingat, matlamat jangka masa pendek kita adalah dapatkan email, bukan nak menjual.

Ramai newbie silap pilih kaedah marketing untuk kumpul list...Kaedah yang dieorg pilih biasanya adalah kaedah no-1 iaitu "Marketing untuk dapatkan sale on the spot"!

Macam mana tu bro? Boleh explain detail sikit?

Ok, let's say korang nak launching bisnes tudung...Then korang gunakan dua kaedah yang aku sebutkan tadi (kaedah 1 dan 3)...So kite akan tengok perbezaan DUA jenis kaedah marketing untuk situasi  ni :

 

Kaedah 1 - Marketing untuk dapatkan sale on the spot

Hai dear...Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak kami launch bisnes tudung... 😉

Semperna pembukaan ni, kami plan nak bagi diskaun 50% pada pelanggan yang buat pembelian...So kalau korang berminat nak beli, bolehlah dapatkan diskaun code dekat link berikut :

---> (link ke squeeze page)

Happy shopping dear... 😀