Ok...Sekarang ni masalah korang dah tau...Punca masalah pun dah tau...So dalam bab ni aku akan terangkan pulak penyelesaian kepada masalah-masalah yang menghantui ramai newbie yang baru nak berjinak-jinak dalam pemasaran email.

Sebelum korang baca kaedah-kaedah penyelesaian kat bawah ni, ada baiknya kalau korang tengok dulu video tentang perkara yang sama (penyelesaian masalah asas pemasaran email) yang aku terangkan dalam panduan Emai 2.0...Bukan ape, dalam tu pun ada point-point penting yang aku tak ulang semula dalam panduan Email 3.0 ni...Point-point tu ada yang masih relevan untuk korang amalkan dalam panduan Email 3.0...So make sure tengok dan fahamkan video tu dulu k sebelum korang baca penerangan kat bawah ni.

5.1) Penyelesaian kepada masalah susah nak kumpul list

Untuk selesaikan masalah, kita kena kenal punca masalah...Alhamdulillah dalam bab sebelum ni aku dah terangkan kat korang punca-punca kenapa susah nak kumpul list...Antaranya :

  • Tak tau buat squeeze page.
  • Takde idea nak bagi free gift ape.
  • Tak tau macam mana nak promote squeeze page.
  • Takde "budget marketing" untuk tarik prospek ke squeeze page.

Aku akan terangkan satu persatu penyelesaian untuk benda-benda kat atas ni...Benda ni mudah je sebenarnya kalau korang dah tau rentak dia... 😎

5.1.1) Penyelesaian untuk mereka yang tak tau buat squeeze page.

Squeeze page ni sebenarnya tak wajib...Dalam bab "Strategi Kumpul List" pun ada banyak teknik-teknik yang tak perlukan squeeze page aku reveal...Tapi benda yang tak wajib ni lah yang selalu jadi "masalah" besar untuk newbie...Pada aku, kalau korang tak pandai buat squeeze page, tak perlu pening-pening...Upah je orang!

Wahhh...Senang buat duit bro...Kalau setakat nak suruh upah orang, budak sekolah rendah pun boleh buat ebook macam ni... 😥

Yup memang betul aku suruh upah orang je...Bukan ape...Ramai sebenarnya newbie yang terbantut nak buat email marketing sebab tak tau buat squeeze page...Ada yang dah beberapa kali langgan autoresponder berbayar, tapi in the end tak jadi buat pemasaran email sebab tak tau buat squeeze page.

Padahal kos upah dalam RM50 - RM150 je bhai...Bukan mahal sangat pun...Ko nak sayang duit RM50 - RM150, tapi ko tak kira yuran autoresponder setiap bulan yang ko kena bayar tanpa hasil sebab ko hold? Kadang-kadang tu ada yang bertahun hold sebab squeeze page je...Ni bukan cerita hikayat...Tapi kesah benar...Aku ade satu projek kumpul list yang melibatkan beberapa orang newbie...Projek tu aku launch pada 2011...Tapi sampai sekarang tak settle-settle...Punya lah lama nak tunggu dieorg siapkan squeeze page...Kalau upah orang awal-awal, silap-silap haribulan dah jadi jutawan dah!

Buat kira-kira sikit lah bhai...Bisnes bukan je kena pandai cut kos...Tapi kena jugak pandai buat kira-kira duit, masa dan tenaga... 😆 ...So yang terbaik pada aku, upah je orang...Tak payah buang masa.

Antara individu yang korang boleh contact untuk upah buat squeeze page :

Dua orang ni job dieorg bersusun...So korang kena lah roger-roger dulu...Make sure sebelum order, siapkan segala macam material yang diperlukan supaya kerja-kerja dieorg tak tergendala nanti... 😀

Tak boleh bro...Tak boleh bro...Aku nak kumpul list untuk banyak niche/produk...Takkan la setiap kali nak buat nak kena spend RM50 - RM150...Kalau nak buat 10 squeeze page, dah kena spend RM500 - RM1500...Letih jugak!

Ok...kalau macam tu alasan yang korang bagi, aku tak salahkan korang sebab aku dulu pun pikir macam tu jugak... 😆 ...So ape yang aku buat adalah aku beli Optimizepress...Optimizepress ni sebenarnya theme dan plugin untuk wordpress...Tapi dia multi-purpose...Antara fungsi dia adalah untuk bina :

  • Squeeze Page / Opt-in / Landing page
  • Sales Page
  • Membership Page.
  • Blog.
  • Webinar Page
  • Launch Funnel Page

Dan banyak lagi....Website ni pun aku buat guna Optimizepress jugak sebenarnya...Dengan Optimizepress ni, korang hanya perlu pilih template, then edit-edit sikit, then boleh terus display...Mudah kerja!

Kalau korang kreatif, banyak lagi yang korang boleh buat guna Optomizepress ni...Limit dia hanyalah tahap kekreatifan korang je...Mat Salleh boleh je buat website gempak-gempak guna Optimizepress ni...Aku tengok pun teruja beb.

Bila korang dah beli Optimizepress ni, korang bolehlah buat seberapa banyak squeeze page yang korang nak guna...Just drag and drop je...Tak susah mane pun berbanding korang nak belajar html/css untuk buat squeeze page cara old school...Aku dah guna benda ni sejak 2011 lagi...Memang puas hati!  😎

5.1.2) Takde idea nak bagi free gift ape.

Bila cakap pasal idea, benda ni aku akui adakalanya memang memeningkan...Jangan cakap nak kumpul list, kadang-kadang nak makan ape pun takde idea kan?...Aku dengan wife aku selalu macam tu... 😆 ...Pening kepala nak makan ape...haha

Bila pening nak buat ape? Panggil waiter mintak menu...Kadang-kadang tanya dieorg makanan apa yang best kat situ...Kena survey dulu bro/sis!

So macam tu lah jugak dalam kumpul list...Kadang-kadang kita kena buat survey sikit untuk dapatkan idea kalau kepala tengah blank...Korang tak perlu duduk perah otak sampai berkerut dahi nak dapatkan idea punya pasal...Macam tu idea biasanya susah nak datang...Cara yang terbaik, korang gunakan pancaindera lain (contoh : mata) untuk meransang idea...Macam dalam kes aku kat atas, bila dah nampak gambar makanan, baru datang ilham nak makan apa... 💡

Orite bro...Clear...Kalau takde idea kena usha-usha dulu...Tapiiii, apa yang perlu aku usha???

Orite...Bila korang dah jadi usahawan, korang mestilah sedikit sebanyak faham tentang produk yang korang jual...Jangan lah pulak pemahaman korang tentang produk korang tu lebih teruk berbanding prospek...Buat la kerja rumah sikit kalau perlu...Then baru mulakan proses survey...Apa yang nak di survey?...Survey lah benda-benda menarik yang berkaitan dengan niche/produk korang, yang tak ramai orang tau...Contoh :

  • Bisnes Gold = Cara nak beli gold bar tanpa perlu keluarkan duit sesen pun!
  • Bisnes Tudung = Cara nak ubah shawl biasa jadi instant shawl dalam masa 10 saat!
  • Bisnes Travel = Cara nak travel ke seluruh benua Eropah dalam masa setahun walaupun gaji RM1000/month
  • Bisnes IM = Cara tukar RM1 jadi RM10k dalam masa seminggu.
  • Bisnes Keewangan = Cara langsaikan hutang rumah dalam masa kurang setahun.

Benda-benda kat atas ni aku main "petik" je...Tapi tak mustahil jawapannya korang boleh jumpa kat Google, Youtube, etc...Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah, untuk dapatkan idea "free gift", korang cuma perlu survey benda-benda unik (tak ramai yang tau), yang berkaitan dengan niche/produk yang korang jual.

Once jumpa, korang boleh jadikan benda tu sebagai "free gift"...Tak perlu susah-susah nak perah otak tulis ebook percuma atau keluarkan modal bagi free gift yang perlukan kos...Info yang ada kat Google, Youtube, etc pun dah boleh jadi free gift.

Katakan korang jumpa info pasal "cara nak beli gold bar tanpa perlu keluarkan duit sesen pun" dekat website www.lie2u.com/cara-bla-bla...Then apa yang korang perlu buat adalah terus jadikan info tersebut sebagai "free gift"...Once dapat email prospek, korang boleh terus bagi URL tersebut pada dieorg...Mudah kan...Tak perlu susah-susah nak karang ayat dan buat ebook percuma... 😆

Aku pun buat macam ni...Ahamdulillah banyak dah list aku berjaya kumpul... 🙄 ...Kadang-kadang, waktu google tu bukan satu info menarik yang akan korang jumpa...Tapi berpuluh-puluh...So simpan semua URL yang berkaitan...Nanti boleh guna bila-bila masa je!

5.1.3) Tak tau macam mana nak promote squeeze page.

Promosi ni sebenarnya keperluan asas untuk setiap usahawan...Bisnes dengan promosi ibarat Ramly dengan burger...Tanpa burger, siapa lah Ramly...Tanpa Ramly, takde lah wujud Burger Ramly...Nak bisnes mesti kena tau buat promosi...Kalau tak tau kena belajar....Takde kompromi sebab benda ni memang keperluan asas.

Untuk belajar promosi, korang boleh gunakan DUA method :

  • Cara Lambat = Survey cara orang lain dan cuba buat sendiri (try and error).
  • Cara Cepat = Belajar daripada orang yang dah berjaya (ebook, seminar, workshop, etc)

Kalau korang tanya aku method mana satu yang terbaik, jawapannya adalah "depend pada kebolehan korang"...Kalau korang ni jenis yang teliti dan tak depat putus asa, mungkin method pertama lebih bagus...Ye lah, bila kita banyak survey dan banyak try and error, insyaAllah kita akan dapat ilmu-ilmu baru hasil gabungan/upgrade ilmu orang lain...Aku personally guna method ni... 😎

TAPI...

Kalau korang rasa korang ni jenis nak senang, nak cepat dan tak nak pening-pening kepala, eloklah pilih method yang ke-2...Yang itu pun ok jugak...Ramai orang berjaya guna method ke-2 ni...Tapi korang kena pantas bertindak sebab teknik yang korang belajar tu ada banyak persaingan (dari student-student lain).

Ok bro...Aku faham...Tapi masalah aku sekarang, aku nak "super senang"...Ada tak method lain yang sesuai?

Ada bro...Ada...Kalau ko rasa memang nak mudah, ko biarkan je orang lain yang buat kerja-kerja susah untuk ko...Dalam erti kata lain, ko upah orang untuk buatkan promosi untuk ko.

Ini lah kerja-kerja yang aku lakukan sebelum ni hingga ke saat aku tengah tulis panduan ni...Client-client PM/Whatsapp je, aku terus perah otak buatkan promosi untuk dieorg...Yang dieorg tau, setiap bulan bayar upah kat aku.

Anyway, to be honest, aku dah tak larat nak buat kerja-kerja ni semua...InsyaAllah dalam bulan depan aku akan fokus pada projek personal pulak...Sebab tu lah aku reveal panduan Email 3.0 ni...Tujuannya supaya korang dan client-client aku boleh belajar buat sendiri...So korang jangan nak request aku run kan promosi untuk bisnes korang pulak k... 😆

5.1.4) Takde "budget marketing" untuk tarik prospek ke squeeze page.

Okeh...Part ni korang tak perlu risau sebab marketing ni kita boleh buat guna kaedah berbayar (FB Ads, Adwords, etc) dan jugak kaedah percuma (viral marketing, etc)...Aku dah pun sediakan beberapa strategi marketing tanpa perlukan kos dalam bab Strategi Kumpul List...Kita akan gunakan kuasa "Viral Marketing" semaksimum yang mungkin...Biar orang buat marketing untuk kita tanpa dieorg sedari...InsyaAllah korang akan suka  😆

Anyway bila korang dah ada modal nanti, aku cadangkan korang spend sikit duit untuk marketing...Gabungkan dengan teknik viral yang aku ajar nanti untuk dapatkan hasil yang lebih baik dan lebih pantas.

Jangan kedekut untuk buat marketing...Seelok-eloknya ambil sekitar 20-30% daripada untung bersih untuk buat marketing setiap bulan.

5.2) Penyelesaian kepada masalah subscriber tak bukak email.