Pemasaran email ni sebenarnya memang diakui oleh ramai otai sebagai "senjata pemasaran terhebat"...Tapi kalau korang tengok sekeliling, tak ramai pun yang guna teknik ni!

Kalau power, kenapa tak guna?

Actually ramai sebenarnya yang pernah cuba buat pemasaran email...Tapi ramai yang kecundang di awal-awal lagi...Sebabnya adalah kerana terdapat beberapa masalah ASAS yang agak susah untuk diatasi oleh kebanyakkan newbie...Diantaranya adalah :

3.1) Susah nak kumpul list (optin rate rendah)

List (nama dan email prospek) ni sangat penting dalam pemasaran email...Ia bolehlah aku ibaratkan macam pentingnya petrol kepada kereta...Hebat macam mana pun kereta, kalau takde petrol, tetap tak boleh jalan.

Macam tu jugak dalam pemasaran email...Kalau korang guna autoresponder hebat sekalipun, kalau takde list dalam sistem autoresponder korang, tetap tak ke mana pemasaran email korang...Ye lah, ko nak hantar email kat sape kalau dalam autoresponder takde list? 😆

3.2) Subscriber tak bukak email (open rate rendah)

Bila kita hantar email, of course lah kita nak subscriber bukak email yang kita hantar tu...Once dieorg bukak, barulah dieorg akan nampak apa yang kita offer dalam email tu.

Masalahnya sekarang, ramai subscriber tak bukak email...So bila tak bukak maksudnya dieorg tak baca apa yang kita tulis dalam email.

Buat penat je kita karang email best-best!.. 😥

3.3) Subscriber tak klik link dalam email (Click rate rendah)

Kadang-kadang, kita lebih prefer untuk bawa subscriber ke website atau ke fanpage...Untuk tujuan tu, kita akan berikan link dalam email yang kita hantar.

Malangnya majority subscriber tak klik link tersebut...Tak klik link beerti tak baca email kita dan seterusnya tak tengok pun apa yang kita share.

Ini pun lebih kurang sama isunya macam kes sebelum ni (tak buka email)

Cer korang tengok...Email yang dihantar 43k ++...Tapi yang bukak hanya 2.1k ++ dan yang klik pulak hanya 698 org!

3.4) Subscriber tak buat pembelian (conversion rate rendah)

Bila open rate dan click rate rendah, of course conversion rate jugak akan turut terjejas...Kadang-kadang open rate dan click rate cantik, tapi sale tetap teruk...Sedangkan matlamat utama kita dalam marketing adalah sale.

Ini jugak merupakan masalah asas yang biasa dihadapi oleh kebanyakkan email marketer

3.5) Dibenci oleh subscriber (unsubscribe dan spam rate meningkat)

Memandangkan yuran autoresponder perlu dibayar setiap bulan, kebanyakkan email marketer akan ambil jalan mudah dengan hantar email promosi sekerap yang mungkin lebih-lebih lagi kalau open rate dan click rate rendah!

Ini akan menyebabkan subscriber rasa rimas dan seterusnya dieorg klik "spam" button, unsubscribe atau reply email kita sambil maki-maki... 😥