Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah...Hari ni Allah SWT telah buka peluang untuk korang mempelajari satu ilmu pemasaran baru yang OHSEM...Ilmu ni, kalau korang fokus dan follow 100% apa yang aku ajarkan nanti, insyaAllah korang akan dapat lihat banyak perubahan dalam bisnes korang!

Honestly, sepanjang aku buat bisnes online, memang ini ilmu pemasaran yang termantop yang pernah aku tahu!...Banyak improvement yang telah berjaya aku buat untuk bisnes aku dan juga bisnes-bisnes client...So, pastikan korang baca betul-betul, fahamkan, hadamkan dan praktikkan untuk bisnes korang sesegera yang mungkin!

Okeh...Dalam panduan ni, aku akan gunakan pendekatan penulisan yang sempoi + mudah faham + mudah hadam...Memang agak meletihkan sebenarnya menulis macam ni...Lebih senang kalau aku buat video je...Tapi, ikut pengalaman lepas, penulisan macam ni sebenarnya lebih mudah dihadam berbanding video...So aku memilih jalan "susah" untuk menyenangkan korang... 😀

Aku harap korang dapat baca sebutir-sebutir apa yang aku tulis tanpa skip supaya korang dapat faham apa yang aku nak sampaikan...Tak perlu baca dengan kelajuan 180km/j k...Semoga korang dapat belajar sambil bersantai-santai... 😛