Dalam bab ini, kita akan terus kepada strategi pertama iaitu langkah-langkah untuk membuatkan prospek kenal kita…Langkah ini sebenarnya mudah saja…Tapi anda perlu spend banyak masa di awal-awal perlaksanaannya bergantung di mana tahap anda berada sekarang…Jika anda newbie, banyak sikit kerja yang perlu anda lakukan…Jika anda intermediate, kerja mungkin kurang sedikit berbanding newbie kerana ramai prospek dah kenal anda.

4.1) Persediaan Awal

Sebelum anda melaksanakan stategi ini, terdapat beberapa persediaan yang perlu anda lakukan…Persediaan ini bergantung kepada di mana tahap anda berada sekarang…Untuk memudahkan pemahaman semua pihak, saya akan mulakan dengan persediaan yang paling asas sekali iaitu :

  • Akaun Facebook – Anda WAJIB ada akaun Facebook kerana melalui Facebook senang untuk orang lain mengenali anda.
  • Nama Sebenar / Nama Panggilan Yang Komersial – Pastikan akaun Facebook anda menggunakan nama sebenar ataupun nama panggilan yang komersial…Macam saya, nama sebenar saya adalah As Bin Abdul Aziz…Jika saya letak As saja, ia terlalu ringkas…Jadi saya gunakan nama komersial iaitu As Aziz…Pastikan anda tidak menggunakan nama panggilan yang pelik-pelik seperti Mamat Facebook, Puteri Anggun, Pakar Bisnes dan sebagainya…Nama-nama seperti ini akan membuatkan prospek kurang yakin dengan anda kelak.
  • Gambar Sebenar – Untuk membuatkan prospek lebih mudah mengenali anda, pastikan anda letak gambar anda yang sebenar…Seelok-eloknya gunakan gambar yang jelas dan besar…Selain itu, anda juga digalakkan untuk tidak kerap menukar gambar…Jika anda kerap tukar gambar, prospek akan mudah lupa anda dan tidak perasan post anda di ruangan newsfeed mereka…Macam saya, saya gunakan gambar paling macho yang saya ada iaitu gambar ketika tahun 2004 iaitu sewaktu saya di hostel dulu… ๐Ÿ˜†

fb-avatar

group-noti-new noti-profile noti-fanpage

4.2) “Curi” Populariti

Dalam subtopik sebelum ini, saya suruh anda buat macam-macam…Add otai la…like fanpage la…get notification laa dan macam-macam lagi…Tapi untuk ape semua tu???

Sudah pasti ada tujuan tertentu disebalik apa yang saya suruh anda lakukan sebelum ini…Ianya adalah untuk membolehkan anda “mencuri” populariti otai yang anda add/like dan sebagainya tadi dengan cara berhemah serta patuh syariah… ๐Ÿ˜†

Sepertimana yang anda sedia maklum, otai-otai tersebut mempunyai pengaruh serta ramai pengikut…Apabila mereka buat post sahaja, ramai pengikut mereka akan baca/like/comment…Jadi ini peluang anda…Anda boleh “tumpang sekaki” supaya pengikut mereka akan turut mengenali anda.

Untuk melaksanakan agenda ini, anda perlu lakukan 2 langkah sahaja iaitu :

  • Jadi yang terawal tinggalkan komen yang berkualiti.
  • Tag nama individu tersebut dalam ayat komen anda.

Dengan 2 langkah tersebut sudah cukup untuk membuatkan anda mula dikenali ramai sedikit demi sedikit.

Apabila anda buat komen, pastikan komen anda tu bernas…Bukan buat komen-komen kurang berfaedah seperti :

  • PM
  • Saya sokong!
  • Berminat!
  • Nak
  • Tolong ajar saya

dan sebagainya…Komen seperti itu tak memberi kreadit yang baik untuk anda di mata prospek…Komen yang bagus adalah komen yang memberi “added value” kepada post yang di buat oleh otai yang terlibat…Sekiranya anda tak tahu nak tulis apa, lakukan sedikit pencarian di google supaya anda mendapat sedikit ilham.

Selain daripada dapat “mencuri” populariti, melalui langkah ini juga secara tidak langsung membolehkan anda membina networking dalam komuniti niche yang anda ceburi.

ย 4.3 ) Tingkatkan Kreadibiliti

Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan kreadibiliti bergantung kepada di mana tahap anda berada sekarang.

  • Keluarkan panduan berbayar – Jika anda sekarang sudah dikenali ramai, langkah terbaik untuk membina kreadibiliti adalah dengan cara mengeluarkan panduan berbayar (ebook) sendiri…Kemudian, anda boleh buka program affiliate supaya ramai agen affiliate akan memuji anda ketika mereka mempromosikan produk anda…Melalui puji-pujian tersebut, kreadibiliti anda di mata prospek akan meningkat secara mendadak… ๐Ÿ˜†
  • Berkongsi tips – Jika anda masih newbie, saya lebih galakkan anda untuk kerap berkongsi tips-tips (sekitar 1-2 tips setiap hari) yang berkaitan dengan niche anda di akaun personal facebook anda…Tips-tips tersebut anda boleh cari di google atau edit sikit-sikit daripada tips yang dikongsikan oleh otai di sekeliling anda…Sebagai contoh, berikut merupakan tips yang saya buat hari ini untuk niche IM di wall saya :

  • Tegur atau kongsi tips – Satu lagi strategi killer untuk meningkatkan kreadibiliti anda adalah dengan menegur atau berkongsi tips secara personal (melalui private message, PM) kepada prospek anda apabila anda perasan status mereka di facebook…Saya kerap gunakan strategi ini…Hasilnya, kebanyakkan daripada mereka yang saya PM lambat laun akan menjadi client, rakan JV dan juga kawan bisnes online… ๐Ÿ˜€

share-tipstegur-zamri

Leave A Response

* Denotes Required Field