Dalam bisnes online, semakin cepat anda jawab pertanyaan daripada pelanggan, semakin cepat jugalah pelanggan akan membuat pembelian…Ramai usahawan abaikan perkara ini kerana mereka fikir selagimana mereka reply dalam masa 24 jam, selagi itu ia takkan menjejaskan jualan mereka…Ini sebenarnya silap besar kerana zaman sekarang, satu produk di jual oleh ramai orang…Jadi jika anda lambat, prospek akan cari penjual lain!

Untuk makluman anda, ketika saya jual produk fizikal dulu, saya sentiasa amalkan reply pertanyaan prospek dalam masa kurang 15 minit…Walaupun itu dah dikira super pantas, tapi masih ada juga yang complaint lambat reply…Ini menunjukkan bahawa memang wujud sebilangan manusia yang kurang sabar…Dari satu sudut memang mereka ini agak menyusahkan…Tapi dari satu sudut lagi, mereka inilah merupakan prospek-prospek yang paling cepat keluarkan duit untuk dibayar kepada anda.

Dalam bab respon pantas ini, ada 2 perkara yang perlu anda titik beratkan iaitu :

5.1) Alat Untuk Membantu Anda Respon Pantas.

Di internet (terutamanya di facebook), prospek biasanya akan menghubungi anda melalui beberapa cara iaitu :

  • Email
  • Private Massage (PM)
  • SMS (jika anda berikan nombor telefon)
  • Komen di post

Untuk membolehkan anda respon dengan pantas, cara yang terbaik sekali adalah anda kena duduk mengadap laptop anda sekerap mungkin…Anyway jika anda tak mampu untuk buat macam tu, anda bolehlah gunakan smartphone supaya anda boleh respon dengan pantas tak kita di mana jua anda berada selagimana ada talian internet…Untuk permulaan, cara ini sudah cukup baik.

Apabila bisnes anda sudah maju, saya yakin teknik di atas sudah tidak relevan untuk anda…Waktu tu anda akan jadi semakin sibuk dan serabut…Jadi, apa gunanya ada banyak duit jika masa lapang anda menjadi semakin berkurangan…Pada waktu itu, penyelesaian terbaik buat anda adalah :

  • Robot SMS – Tool ini membantu anda jawab SMS daripada pelanggan secara automatik…Untuk maklumat lanjut, saya cadangkan anda terus menghubungi ownernya iaitu Tuan Faisal Abdullah.
  • Upah pekerja (secara offline atau online) untuk jawab pertanyaan prospek.

Dengan itu barulah anda akan mempunyai banyak masa untuk menguruskan bisnes anda dengan lebih berkesan…Ramai usahawan gagal mengembangkan bisnes kerana mereka tiada masa untuk menguruskan bisnes mereka dengan baik…Jadi anda harus beri penekanan yang sewajarnya supaya anda tidak jadi seperti mereka.

5.2) Priority Dalam Menjawab Soalan

Untuk makluman anda, bukan semua pertanyaan anda wajib jawab cepat…Sebenarnya ada soalan yang boleh anda lewatkan sedikit dan ada soalan yang mesti anda jawab secepat mungkin…Berikut saya senaraikan priority (keutamaan) dalam menjawab soalan daripada pelanggan :

 Wajib Jawab Secepat Mungkin

  • Apabila prospek tanya macam mana nak beli.
  • Apabila prospek tanya nombor akaun.
  • Apabila prospek tanya tentang stok produk mengikut spesifikasi yang mereka minat.

Tiga situasi di atas anda memang wajib jawab cepat…Waktu tu prospek memang tengah kelaparan…So kalau anda jual makanan pada mereka, insyaAllah akan laku… 😀

Selain situasi positif di atas, ada beberapa lagi situasi negatif yang perlu anda respon secepat yang boleh iaitu :

  • Pelanggan tanya di wall (facebook) anda bila barang nak sampai.
  • Pelanggan complaint produk anda di wall (facebook).
  • Prospek merendah-rendahkan produk anda di wall (facebook).

Tiga situasi di atas jika anda lambat jawab boleh menyebabkan prospek lain yang pada mulanya berminat dengan produk anda berubah fikiran 3600 sebab takut anda menipu mereka! Jadi nak tak nak anda perlu respon sepantas mungkin dengan ayat yang manis serta meyakinkan.

Boleh Jawab Lambat Sikit (Sekitar 3 ke 12 jam)

Untuk situasi berikut, anda boleh lewatkan sikit tempoh untuk menjawab soalan prospek :

  • Apabila prospek tanya sesuatu yang mereka kurang faham tentang produk anda, tapi tidak menunjukkan minat mendalam untuk beli…Sebagai contoh, “Dah berapa ramai yang berjaya hasil guna produk awak?” dan sebagainya.
  • Apabila pelanggan (mereka yang dah beli) mintak support teknikal dan sebagainya.
  • Apabila pelanggan mintak cadangan/pandangan daripada anda tentang masalah mereka.

Soalan-soalan untuk situasi di atas biasanya tidak memberi kesan yang besar terhadap jualan produk anda jika anda terlewat jawab sedikit…Cuma jika anda tidak sibuk, anda bolehlah jawab pantas… 😀

Boleh Jawab Lambat (Sekitar 12 ke 24 jam)

Dalam urusan support, adakalanya kita akan terima email/PM yang tidak memberi faedah kepada kita…Untuk email/PM seperti itu, anda bolehlah jawab dalam tempoh masa yang sedikit lewat…Antara situasi untuk kategori ini adalah seperti berikut ;

  • Apabila prospek merendah-rendahkan produk anda (melalui email/PM)…Untuk prospek macam ini, biasanya mereka takkan beli produk anda…Tapi seelok-eloknya anda layankan saja sebab jika tidak mereka berpotensi untuk serang anda secara terang-terangan di wall anda.
  • Apabila prospek terlalu ragu-ragu dengan produk anda…Sebagai contoh mereka tanya pelbagai soalan seperti “Betul ke produk nie bagus? Apa buktinya? Adakah awak boleh jamin 100% berkesan?” dan sebagainya…Prospek seperti ini kalau beli pun lambat laun akan memeningkan kepala anda.
  • Apabila prospek mintak terlalu banyak benda melebihi apa yang anda patut berikan…Sebagai contoh anda jual ebook tentang cara guna Facebook Advertising…Tapi belum pun beli panduan anda lagi prospek dah minta anda buatkan macam-macam benda lain seperti buatkan gambar post, buatkan ayat post, buatkan landing page dan sebagainya…Walhal semua benda tu anda ada terangkan dalam panduan…Tapi mereka tak berminat pun nak belajar…Dalam erti kata lain, mereka sebenarnya lebih berniat untuk suruh anda buat 100% apabila mereka beli ebook anda kelak.

Email/PM yang kurang berfaedah begini adakalanya boleh menyebabkan anda rasa down…Anyway anda tak perlu terlalu emosional ketika jawab pertanyaan mereka…Just anggap ia sebagai cabaran serta dugaan bisnes saja…InsyaAllah semangat anda akan tetap kuat!

Leave A Response

* Denotes Required Field