Dalam bisnes, terdapat TIGA elemen penting yang anda perlu tekankan untuk memastikan anda mampu bertahan lama iaitu :

  • Cari prospek.
  • Kumpul prospek.
  • Jaga dan kembangkan prospek.

Sekiranya anda mampu lakukan 3 elemen di atas secara berterusan, insyaAllah bisnes anda akan terus berjalan lancar dan semakin berkembang dari masa ke semasa… ๐Ÿ˜€ .

Dengan adanya facebook, anda boleh mencari prospek dengan mudah sama ada guna teknik percuma mahupun berbayar…Maklumlah, sekarang nie celik mata saja semua akan buka facebook…Jadi, terlalu ramai prospek yang boleh anda dapatkan daripada facebook sahaja.

Setelah anda jumpa prospek, anda haruslah kumpul mereka dalam satu sistem/database…Untuk tujuan ini, anda perlukan autoresponder (Parabots Pro – pemasaran email)…Dengan adanya autoresponder, sebahagian daripada kerja anda dapat diautomasikan pada masa yang sama.

Akhir sekali, setelah anda dapat prospek, anda haruslah jaga mereka dan gunakan mereka untuk mengembangkan bisnes anda kepada rakan-rakan mereka pula…Di sini, facebook memainkan peranan penting melalui Viral Marketing (promosi mulut ke mulut fb ke fb) seperti like, comment, share dan sebagainya.

Baiklah, dalam bab seterusnya saya akan sentuh lebih lanjut lagi tentang 3 elemen di atas satu per satu…Teruskan pembacaan anda… ๐Ÿ˜€

Leave A Response

* Denotes Required Field