Dalam bab yang terakhir ini saya ingin tekankan kepada anda bahawa untuk berjaya dalam teknik memerlukan TIGA elemen penting iaitu :

  • Istiqamah – Anda haruslah buat apa yang disarankan secara berterusan sehinggalah anda perolehi hasilnya…Teknik ini memang memakan sedikit masa dan usaha, tapi hasilnya memang sangat-sangat berbaloi…Anda bukan sahaja akan dapat subscriber, tapi dapat keuntungan, dapat kepercayaan, dapat kreadibiliti dan seterusnya dapat mengukuh serta mengembangkan empayar bisnes online anda.
  • Bersabar – Dalam proses anda melakukan apa yang disarankan kelak, memang banyak dugaan yang bakal anda hadapi…Adakalanya post anda tak mendapat sambutan…Adakalanya juga anda dihentam oleh orang lain yang suka kondem dan sebagainya…Semua itu adalah dugaan bisnes…Untuk melayakkan diri anda berjaya, anda mesti lulus dugaan tersebut…Ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar… ๐Ÿ˜€
  • Yakin – Keyakinan sangat penting dalam setiap bidang yang diceburi…Tanpa keyakinan yang tinggi, kita akan cepat mudah putus asa dan seterusnya berhenti sekerat jalan…Ingatlah bahawa Allah SWT bertindak mengikut sangkaan hamba-Nya…Jika anda buruk sangka (tidak yakin), memang susahlah anda nak berjaya…Tetapi jika anda baik sangka (yakin), kejayaan itu pasti akan menjelma.

Akhir kata, semoga anda menjadi usahawan online yang berjaya…Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda… ๐Ÿ˜€

All the best & good luck.

InsyaAllah.

Leave A Response

* Denotes Required Field