Untuk mencari prospek, anda boleh gunakan kaedah percuma mahupun berbayar…Jika anda gunakan kaedah percuma, anda perlu luangkan banyak masa dan tenaga…Tapi jika anda gunakan kaedah berbayar, anda kena keluarkan modal pula untuk bayar kos pengiklanan…Jadi terpulang kepada strategi serta budget anda.

Dalam panduan ini, saya tak bercadang untuk terangkan satu persatu secara terperinci…Jika saya terangkan secara terperinci, saya mungkin boleh keluarkan dua panduan berasingan yang setiap satu daripadanya boleh dijual dengan harga 3 angka… 😆 …Lagipun panduan ini bertujuan untuk fokus dalam teknik Email Marketing Pro…Bukan fokus pada facebook ads dan sebagainya…Oleh yang demikian, buat masa ini, sekiranya anda nak belajar secara terperinci tentang teknik promosi berbayar ataupun percuma di facebook, saya cadangkan anda dapatkan panduan-panduan berikut :

Dalam panduan ini, saya hanya nak tekankan beberapa langkah penting yang perlu anda lakukan untuk menambah keberkesanan promosi anda lebih-lebih lagi jika anda gunakan kaedah promosi percuma.

Baiklah, untuk menambahkan lagi keberkesanan promosi anda kelak, anda harus lakukan 3 perkara berikut :

  • Kenal pasti prospek – Di facebook terdapat berjuta pengguna…Malangnya bukan semua pengguna facebook boleh jadi prospek anda…Jadi anda haruslah mengetahui dengan terperinci tentang ciri-ciri prospek yang anda inginkan…Sebagai contoh, jika anda nak jual panduan jana pendapatan melalui affiliate, anda haruslah kenalpasti prospek yang baru nak belajar buat duit melalui affiliate…Anda tak boleh targetkan prospek yang memang tak minat bisnes dan juga anda tak boleh targetkan mereka yang memang dah pakar dalam bidang affiliate…Jika anda tersilap pilih, ia akan memberi kesan terhadap keberkesanan promosi anda kelak.
  • Cari Prospek – Setelah anda kenalpasti ciri prospek yang anda inginkan, barulah anda boleh mencari mereka di facebook…Untuk cari mereka tak susah sebenarnya…Sebagai contoh, kita ambil kes panduan affiliate tadi…Untuk dapatkan prospek affiliate, anda boleh cari mereka di group affiliate, fanpage affiliate atau di facebook milik pakar affiliate…Di sana pasti terdapat ramai prospek yang sedang terkial-kial nak mempelajari tentang affiliate…Jadi, merekalah prospek yang anda cari.
  • Buat prospek kenal anda – Untuk memastikan promosi anda mendapat sambutan kelak, anda haruslah buat prospek yang anda jumpa tadi kenal anda…Caranya adalah dengan menonjolkan diri anda di tempat anda jumpa mereka tadi…Terdapat pelbagai cara menonjolkan diri yang anda boleh gunakan seperti tolong jawab pertanyaan mereka, buat post tentang affiliate dan sebagainya…Jika anda tak tahu nak buat post apa, anda boleh tiru dan ubah sikit-sikit post-post otai yang anda kenal…Kaedah ini memakan sedikit masa dan usaha…Tapi jika anda buat secara istiqamah dalam 2-3 minggu, insyaAllah tak dapat tidak mereka akan mula kenal anda…Setelah perkongsian anda mendapat banyak like atau komen, barulah tiba masa yang sesuai untuk buat sebarang promosi…Selain itu, anda juga boleh add mereka sedikit demi sedikit menjadi rakan anda untuk menambah keakraban… 😆

  • Secara umumnya, 3 perkara di atas lebih sesuai untuk kaedah promosi percuma…Walaubagaimanapun, ia boleh juga digunakan untuk kaedah promosi berbayar.
  • Untuk kaedah promosi berbayar, ada tool yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan prospek yang targeted…InsyaAllah jika ada kesempatan, saya akan keluarkan panduan khas yang akan menyentuh tentang tool tersebut…Jadi pastikan anda menjadi pelanggan saya dari masa ke semasa… 😉

Leave A Response

* Denotes Required Field