Apa itu pemasaran email?

Ramai orang salah anggap tentang pemasaran email (email marketing)...Dieorg ingat pemasaran email tu jenis email-email promosi yang tetibe je menyemak kat dalam inbox...Tak tahu ntah siapa yang hantar!...Itu sebenarnya bukan pemasaran email, tapi itu spamming.

Pemasaran email sebenarnya adalah email-email yang dihantar oleh individu/company yang kita pernah register email kita kat website dieorg...Sebagai contoh, dekat sebelah post ni aku ada pasang optin form (tempat register email) bagi mereka yang berminat nak dapatkan update terkini daripada blog ni.

So bila ada orang register, dieorg akan dapat email daripada aku secara automatik setiap kali aku hantar newsletter...Kadang-kadang, kalau korang beli barang atau isi form secara online pun email korang akan dimasukkan ke dalam sistem secara automatik...Then korang akan dapat jugak email daripada seller dari masa ke semasa...Itu jugak di kira pemasaran email yang sah... 🙂

Kalau korang ambil email orang secara tak sah (bukan melalui pendaftaran), then korang hantar email kat dieorg, itu dinamakan spamming...Spamming nie salah di sisi undang-undang siber...Honestly memang ada banyak software yang membolehkan korang grab email orang secara automatik...Tapi tak payahlah korang buang masa nak guna semua benda macam tu...Benda illegal ni biasanya tak berkat...So kalau guna pun mungkin tak ke mana hasilnya.

Alat Yang Diperlukan Untuk Lakukan Pemasaran Email

Untuk lakukan pemasaran email, korang perlukan satu tool yang dipanggil autoresponder...Fungsi utama autoresponder ni adalah untuk :

  • Kumpul senarai email prospek yang buat pendaftaran menerusi optin form dan sebagainya.
  • Hantar email secara automatik sebaik saje prospek buat pendaftaran - Followup Email
  • Hantar email secara pukal kepada semua subscriber (mereka yang dah daftar email) pada bila-bila masa...Contohnya waktu nak launch produk - Newsletter

Selain tu, ada banyak fungsi-fungsi lain lagi sebenarnya...Tapi aku tak senaraikan kat sini sebab fungsi-fungsi lain tu bergantung pada jenis autoresponder yang korang guna.

Autoresponder Pilihan UsahawanCyber

Dalam pasaran sebenarnya ada banyak company yang tawarkan servis autoresponder...Ada yang murah dan ada yang mahal gila-gila...Pada aku, kalau nak pakai autoresponder biarlah pakai yang ok sikit...Bukan apa, list (senarai email yang berjaya dikumpul guna autoresponder) ni sebenarnya ibarat "aset maya" dalam bisnes online...Oleh sebab ia aset, so kita kenalah make sure ia selamat dan boleh digunakan dengan baik.

Sama jugak kalau korang ada kereta Ferrari (aset)...Takkan korang nak parking luar pagar depan umah korang macam tu aje kan...Minyak itam pun takkan nak pakai yang harga setong harga RM50...Mestilah korang nak yang pakai yang berkualiti dan jaga sebaik mungkin.

Macam tu jugak dengan list...List ni mampu menyumbang $$$ yang banyak untuk korang di masa-masa akan datang lebih-lebih lagi bila jumlah list korang dah mencecah 10 ribu ke atas...Once korang capai tahap tu, sekali hantar email promosi saje pun korang dah boleh untung 4-5 angka...Aku buat sembang kencang aje ni tau...Tapi aku sendiri dah laluinya...Pencapaian terbaik aku setakat ni, aku pernah untung RM35k melalui newletter yang aku hantar pada subscriber aku.

So, kalau korang serius nak gunakan pemasaran email dalam bisnes online korang, aku cadangkan korang langganlah servis autoresponder Getresponse...Ada banyak sebab kenapa aku galakkan korang guna Getresponse...InsyaAllah jika ada kesempatan nanti aku akan buat satu post khas tentang Getresponse ni nanti.

1 Comment

Leave A Response

* Denotes Required Field