Baiklah, saya beranggapan anda telahpun mempunyai akaun Parabots Pro dan juga telah study tutorial cara menggunakannya...Sekarang kita akan masuk bab terpenting iaitu Teknik Email Komen.

Apa Itu Teknik Email Komen?

Teknik Email Komen sebenarnya adalah suatu teknik kumpul email termudah yang mana anda tidak perlu sediakan opt-in form mahupun squeeze page untuk prospek register...Apa yang anda perlu lakukan hanyalah :

  • Suruh prospek hantar email kosong.
  • Setelah hantar email kosong, suruh mereka tinggalkan komen.

Setelah itu mereka secara automatik akan menjadi subscriber anda dan email followup pertama yang anda set akan dihantar kepada mereka sekitar 5 minit selepas mereka hantar email kosong...Semudah itu sahaja...Menarik bukan... 😆

Bagaimana Nak Buat Teknik Ini?

Untuk buat teknik ini mudah sahaja sebenarnya...Anda tak perlu buat sebarang kerja-kerja teknikal tambahan...Hanya 3 langkah asas diperlukan iaitu :

Langkah 1 - Bina Autoresponder

Saya beranggapan anda dah pun tonton video tutorial cara bina autoresponder...Jadi saya tak perlu terangkan detail dekat sini...Cukup sekadar screenshot di bawah sahaja, insyaAllah anda boleh faham... 🙂

Langkah 2 - Dapatkan "Autoresponder Email"

Setelah anda bina autoresponder, anda boleh klik semula pada menu "Autoresponders" >> "View All Autoresponders" untuk mendapatkan Autoresponder Email seperti dalam rajah di bawah.

Jika anda rujuk rajah di atas, saya telah bina 7 autoresponder..."Email autoresponder" untuk ketujuh-tujuh autoresponder adalah seperti berikut :

Email autoresponder anda semestinya LAIN dari email di atas...Ini cuma contoh sahaja...Jadi pastikan anda jangan gunakan email di atas pula yea... 🙂

Langkah 3 - Suruh Prospek Hantar Email Kosong

Setelah anda dapat "Email Autoresponder", anda bolehlah berikan email tersebut kepada prospek anda...Ingat, pilih satu email sahaja iaitu email untuk autoresponder yang terlibat...Jangan bagi banyak-banyak email pulak yea.

Sebagai contoh, saya nak kumpul list untuk autoresponder sbemail (rujuk rajah di atas), jadi email yang perlu saya beri pada prospek adalah email [email protected] sahaja.

Kemudian, saya bolehlah buat post dan tinggalkan nota untuk suruh prospek hantar email di penghujung post seperti berikut "Sila hantar email kosong ke [email protected]" (sebagai contoh).

Langkah 4 - Reply Komen Prospek Sambil Tag Nama Mereka (optional)

Langkah ini hanya optional sahaja...Ia bertujuan untuk mendapatkan Viral Marketing berganda disamping mengingatkan prospek untuk check email...Apabila prospek komen "Saya dah hantar email" (sebagai contoh), viral marketing telahpun terhasil...Kawan-kawan prospek akan nampak apa yang mereka komen.

Untuk mendapatkan Viral Marketing berganda, anda bolehlah reply komen sambil tag nama mereka...Sebagai contoh "Thanks tuan...mohon check email untuk maklumat lanjut"...Jadi sekali lagi viral marketing akan terhasil secara percuma... 😆

P/s : Pastikan anda reply komen paling awal 5 minit SELEPAS prospek komen...Ini bertujuan untuk memberi masa kepada sistem Parabots Pro menghantar email followup pertama kepada prospek.

Kelemahan Teknik Ini

Sepertimana yang anda telah sedia maklum, teknik ini mempunyai beberapa kelebihan seperti tidak perlu bina squeeze page, dapat viral marketing dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, teknik ini sebenarnya terdapat kelemahan juga...Kelemahan ini bukanlah isu besar...Cuma ia di luar kawalan kita!

Untuk makluman anda, adakalanya prospek TIDAK BOLEH menerima email followup pertama setelah mereka hantar email kosong...Hal ini berlaku kerana terdapat beberapa limitation yang terdapat pada server untuk proses unrouted email...Rasanya tak perlulah saya terangkan detail tentang hal teknikal ini...Cukup sekadar anda tahu bahawa ia di luar kawalan anda.

Jika hal seperti ini berlaku, biasa prospek akan komen, "Bro, saya tak terima lagi email dari bro"...Jadi apa yang anda perlu buat adalah anda PM/email mereka secara manual apa yang anda nak share (isi kandungan email followup pertama).

Anda jangan bimbang, mereka sebenarnya dah pun jadi subscriber anda...Cuma mereka tak boleh terima email followup pertama sahaja... 😆