Bab ini merupakan bab terpenting...Anyway anda jangan risau sebab ia sangat simple dan mudah...Hanya dengan beberapa step sahaja anda dah boleh redirect prospek anda ke mana-mana halaman yang anda suka.

Langkah 1 - Ubah "Permalink" WordPress

Sebelum anda boleh menggunakan plugin Easy WordPress Link, anda mestilah terlebih dahulu mengubah "permalink" wordpress anda...Jangan guna default permalink...Jika anda dah ubah sebelum ini, anda boleh skip step ini...Tetapi jika anda belum pernah ubah, anda bolehlah ubah permalik kepada code berikut :

/%category%/%postname%/

Sila klik pada "Settings" >> "Permalinks" seperti dalam rajah di bawah untuk mengubah permalink pada wordpress anda.

Langkah 2 - Bina Page

Langkah seterusnya adalah anda perlu bina page baru pada wordpress anda...Untuk bina page mudah sahaja...Anda hanya perlu klik pada "Pages" >> "Add New" seperti dalam rajah di bawah :

Langkah 3 - Masukkan Affiliate Link Dan Redirection URL

Langkah seterusnya adalah anda perlu masukkan link affiliate serta redirection URL (URL halaman mana yang anda nak hantar prospek sebaik sahaja mereka klik pada link affiliate anda)...Tempat untuk masukkan maklumat tersebut ada di footer page yang anda baru bina sebentar tadi...Anda hanya perlu scroll mouse anda ke bawah sedikit selepas bina page untuk melihat ruangan seperti dalam rajah di bawah :

Langkah 4 - Dapatkan Link Baru Untuk Dipromosikan

Setelah anda lakukan semua langkah di atas, anda bolehlah dapatkan URL baru iaitu URL page yang baru anda bina tadi...URL tersebut merupakan URL baru yang boleh anda gunakan untuk promosi produk affiliate anda.

Apabila prospek kepada URL baru yang anda promosikan tersebut, cookies affiliate akan ditanam di komputer mereka dan pada masa yang sama mereka tidak akan dihantar ke web jualan produk...Sebaliknya mereka akan dihantar ke redirection URL yang anda dah set sebentar tadi...ia mungkin website anda sendiri, blog post, FB post dan sebagainya.

Baiklah, untuk mendapatkan URL page yang anda bina tadi, anda hanya perlu "right click" pada "View Page", kemudian klik pada "Copy Link Location" seperti dalam rajah di bawah :

Setelah anda copy, anda bolehlah paste URL baru tersebut di mana-mana medium promosi yang anda ingin gunakan.

Langkah 5 - Link Pembayaran (Paypal atau Credit Card atau Borang Pengesahan Pembayaran)

Langkah terakhir yang perlu anda lakukan adalah masukkan "Link Pembayaran" di halaman redirection yang anda buat tadi.

Sebagai contoh, jika anda promote panduan Manipulasi Instagram dan redirect prospek ke post anda di blog, maka anda perlu letak link pembayaran dalam post tersebut.

"Tak larat dah nak guna FB Ads...Makin lama makin cekik darah...Duit banyak abis bayar kos ads, tapi sale tak masuk jugak!

Nasib baik sekarang ramai dan ade akaun Instagram...Bolehlah promote produk secara percuma...Tak payah keluar duit...Kuasa viral masih kuat kat Insta...Senang-senang boleh buat sale tanpa kos.

Panduan Manipulasi Instagram = http://manipulasiinstagram.com/pembelian.php?id=2

Berbaloi-baloi... 😆

Jika anda lihat contoh di atas, saya terus bagi "link pembayaran" untuk produk Manipulasi Instagram...Anda jangan risau kerana cookies telahpun ditanam pada komputer prospek...Jadi walaupun mereka tak sampai ke halaman utama (sebaliknya terus ke halaman pembayaran), anda akan tetap dapat komisen.

Sekiranya anda promote produk international, mereka tak gunakan halaman pembayaran...Jadi anda bolehlah copy link pembayaran pada "Buy Now" button mereka sebagai ganti kepada halaman pembayaran seperti dalam rajah di bawah :

Semudah itu sahaja... 😆