Salam hormat pelanggan sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana telah mendapatkan FB Viralism melalui link affiliate saya...Semoga dengan adanya tool tersebut, proses menarik viral trafik anda menjadi semakin mudah...InsyaAllah.

Baiklah, dalam case study ini saya akan dedahkan kepada anda bagaimana saya boleh menjuarai cabaran affiliate Panduan Teknik Followup Pukau Prospek.

Actually teknik yang saya gunakan mudah sahaja...Hanya perlu sediakan beberapa benda, kemudian biarkan ia berjalan secara automatik tanpa atau dengan sedikit kerja pemantauan (reply komen - jika perlu)...Menarik bukan... 😀

Baiklah, tanpa membuang masa, ayuh kita pergi part by part supaya anda nampak secara jelas strategi dan kaedah yang saya gunakan untuk menjuarai cabaran affiliate ini.


Langkah 1 : Tetapkan Matlamat

Sebelum memulakan promosi, saya telah menetapkan beberapa matlamat...Penetapan matlamat ini sebenarnya penting kerana produk Teknik Followup Pukau Pelanggan tertakluk kepada "masa" tertentu...Masa yang dimaksudkan adalah tempoh masa ia relevan dan tempoh masa cabaran affiliate.

So jika saya tak letakkan sebarang matlamat, ada kemungkinan pembeli takkan dapat manfaat (jika ilmu sudah tidak relevan kerana lewat beli/ramai orang lain dah guna) dan saya pula takkan dapat menjuarai cabaran affiliate...Tempoh cabaran affiliate hanya kira-kira sebulan sahaja...Atas sebab itu, saya telah letakkan matlamat berikut :

  • Kumpul prospek (list) yang mengalami masalah susah buat sale di facebook.
  • "Meracun" prospek yang dikumpul untuk buat pembelian Panduan Teknik Followup Pukau Pelanggan secepat mungkin.
  • Tarik minat kawan-kawan "prospek" yang terkumpul untuk turut serta membeli Panduan Teknik Followup Pukau Pelanggan

Langkah 2 : Penyediaan Bahan

Untuk merealisasikan teknik ini, terdapat beberapa bahan yang perlu anda sediakan iaitu :

  • Squeeze page, comment page dan thank you page yang professional dan mobile friendly.
  • Satu email followup.
  • Satu email trigger action
  • Satu post di facebook.

Untuk membuat Squeeze Page, Comment Page dan Thanks you page, anda boleh mengupah designer ataupun bina sendiri…Walaubagaimanapun, saya lebih menggalakkan anda untuk buat sendiri menggunakan OptimizePress ataupun 1MinuteSites…Kedua-duanya mudah untuk digunakan walaupun anda zero html knowledge…Sekiranya anda upah designer, anda perlu keluarkan banyak wang setiap kali anda ingin collect list.

Untuk buat email followup, email trigger action dan sebagainya pula, anda perlulah menggunakan autoresponder…Autoresponder merupakan alat untuk menghantar email secara pukal secara automatik kepada prospek…Alat ini merupakan “senjata pemasaran terkuat” bagi kebanyakkan internet marketer…Sekiranya anda belum lagi mempunyai sebarang autoresponder, saya amat menggalakkan anda melanggan StreamSender kerana ia merupakan servis yang ditawarkan oleh saya sendiri…Banyak kelebihan yang telah saya sediakan untuk pelanggan… 🙂

Squeeze page merupakan tempat untuk prospek daftar nama dan email mereka...Di sini saya sediakan sedikit ayat untuk menarik minat prospek untuk membuat pendaftaran.

Comment page merupakan tempat untuk prospek yang telah mendaftar meninggalkan komen...Tujuannya adalah untuk menghasilkan viral marketing...Apabila mereka tinggalkan komen, rakan-rakan mereka akan nampak dan seterusnya mungkin turut berminat untuk mendapatkan info lanjut daripada saya...Jadi, salah satu matlamat saya telah tercapai secara automatik dan percuma... 😆

Thank you page merupakan tempat untuk memberi arahan kepada prospek supaya tunggu respon daripada anda  incase jika anda nak reply komen mereka untuk menambahkan lagi viral marketing...Jika tidak, anda boleh terus berikan arahan supaya memeriksa email mereka sekarang (selepas daftar nama & email)...Dalam kes ini, saya memilih untuk reply komen...Jadi saya berikan arahan supaya mereka tunggu respon daripada saya.

Email followup merupakan email pertama yang dihantar kepada prospek selepas mereka membuat pendaftaran...Berikut merupakan email followup saya :

Email trigger action merupakan email yang dihantar kepada prospek sehari selepas mereka KLIK pada link yang saya masukkan dalam email followup...Untuk mereka yang tak klik, mereka tidak akan dapat email tersebut...Berikut merupakan email trigger action yang saya gunakan :

Post di facebook (profile/fanpage) bertujuan untuk mendapatkan viral marketing hasil komen/like/share yang dilakukan oleh prospek...Berikut merupakan post yang telah saya buat untuk teknik ini :

Cuba anda lihat berapa ratus like/comment/share yang saya dapat...Semua itu menyumbang kepada viral marketing yang mampu menarik ratusan/ribuan prospek baru tanpa sebarang kos... 😆


Langkah 3 : Perlaksanaan Teknik

Setelah kesemua bahan yang diperlukan siap, saya terus merangka strategi untuk melaksanakan teknik ini...Langkah pertama yang saya lakukan adalah menarik trafik ke post yang telah saya buat di facebook.

Untuk menarik trafik, saya hanya blast email kepada sejumlah list yang dah sedia ada dalam autoresponder saya memandangkan panduan Teknik Followup Pukau Prospek ini sesuai dengan mereka.

Apabila subscriber saya klik pada link "Klik Di Sini Sekarang" yang terdapat dalam email di atas, mereka akan terus di bawa ke facebook post saya.

TipsJika anda tiada list, anda boleh run Fb Ads dan sebagainya untuk tarik trafik ke post anda.

Di dalam post tersebut terdapat satu link yang akan membawa mereka squeeze page yang telah saya sediakan sejak dari awal lagi.

Apabila prospek berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang info yang saya ingin kongsikan, mereka perlu mendaftarkan nama & email mereka di ruangan yang di sediakan...Jadi di sini saya telah dapat menyimpan maklumat mereka ke dalam autoresponder.

Setelah mereka daftar nama & email, mereka akan diredirect ke halaman comment page pula...Di halaman tersebut, saya letakkan arahan kepada mereka untuk komen "Saya dah daftar untuk info strategi Beli Tanpa Banyak Soal!"

Dengan adanya komen tersebut, rakan-rakan mereka akan nampak dan seterusnya akan turut serta mendaftarkan nama & email mereka sekiranya mereka berminat...Inilah fungsi utama comment page...Ianya bertujuan untuk menghasilkan Viral Marketing!

Tiga minit selepas prospek mendaftarkan nama dan email mereka, email followup akan dihantar kepada mereka secara automatik...Masa di set tiga minit kerana saya nak pastikan mereka tinggalkan komen terlebih dahulu sebelum dapat email followup...Jika saya set immediately, sudah pasti mereka malas nak komen sebab dah dapat email followup... 😆

Selepas mereka tinggalkan komen, mereka akan di bawa ke halaman thank you page yang mengandungi arahan yang menyuruh mereka tunggu maklumbalas (email followup) daripada saya...Pada masa yang sama, saya sertakan sekali link untuk mereka tinggalkan komen incase mereka skip step tersebut sebelum ini.

Sementara itu, jika saya rajin dan ada masa terluang, saya akan reply komen sambil tag nama mereka untuk mendapatkan kuasa viral tambahan...So dah dapat double viral marketing... ğŸ˜Ž

Sebenarnya reply komen tu tak buat pun takpe...Email followup akan tetap di hantar secara automatik tiga minit selepas mereka membuat pendaftaran nama dan email.

Berbalik kepada email followup tadi, di dalam email tersebut saya telah berikan link affiliate saya...Jadi jika mereka berminat untuk buat pembelian, mereka boleh terus beli serta merta.

Sebaliknya jika mereka tak berminat untuk buat pembelian serta merta, tak mengapa...Ini kerana keesokkan harinya mereka akan dapat email trigger action yang telah saya set di dalam autoresponder...Email tersebut akan dihantar secara automatik sehari selepas mereka klik pada link affiliate saya di dalam email follwoup tadi.

Di dalam email trigger action yang dihantar tersebut, saya telah berikan satu bonus dalam tempoh terhad untuk meningkatkan lagi keterujaan prospek yang belum buat pembelian untuk beli panduan Teknik Followup Pukau Prospek secepat mungkin.

Dengan adanya bonus berikut, insyaAllah mereka yang 50%-50% sebelum itu akan terus bertindak membuat pembelian secepat mungkin kerana tempoh untuk claim bonus terhad!


Hasil Yang Diperolehi

Baiklah, sekarang saya akan tunjukkan kepada anda hasil yang diperolehi setelah saya melancarkan teknik ini...Ianya terdiri daripada hasil yang diperolehi secara langsung dan jugak tidak langsung.

1) Sejumlah list (nama & email) yang berminat dengan bisnes online.

Tanpa run sebarang iklan berbayar, saya masih mampu tarik 1k lebih list yang mana sebahagian daripadanya terhasil secara viral...Fresh dan targeted!

List ini boleh digunakan untuk produk akan datang pula... 😀

2) Menjadi top affiliate.

3) Semakin dikenali dan kreadibiliti meningkat.

Bila dah jadi top, macam biasalah...Nama akan menjadi semakin terkenal...Yang request untuk jadi friend dekat FB pun masuk bertalu-talu... 😉

4) Dapat menjalin hubungan dengan lebih rapat dengan prospek.

Apabila anda tag serta reply komen prospek, secara tidak langsung mereka akan rasa diri mereka mendapat perhatian anda...Ini akan menyebabkan mereka mengenali anda dan rasa semakin selesa dan yakin untuk berurusan dengan anda.

In the end, mereka akan mula PM anda...Mula jadi pengomen setia post anda dan akhirnya menjadi pembeli kepada produk-produk yang anda promosikan.

5) Bisnes lebih terjamin.

Dengan adanya list yang banyak serta berkembang secara viral, bisnes anda akan menjadi kukuh...Sekali hantar email saje dah boleh untung 4-5 angka...Jika Facebook ditutup atau fanpage disekat sekalipun, bisnes anda masih boleh berjalan dengan rancak sebab anda telah memiliki sejumlah database (list) yang besar.


Penambahbaikan & Penutup

Teknik di atas sebenarnya masih boleh diperbaiki lagi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik...Tapi memandangkan saya sibuk ketika itu, jadi sy hanya buat apa yang termampu sahaja...Itu pun Alhamdulillah dah boleh jadi top affiliate... :mrgreen:

Di antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah seperti :

  • Menambah email trigger action dengan membuat tambahan bonus serta "call-to-action" kepada mereka yang pernah klik link affiliate.
  • Menghantar email broadcast (newsletter/campaign) kepada mereka yang tak buka serta tak klik email yang dihantar sebelum ini.
  • Run Fb Ads untuk menarik lebih banyak prospek baru ke post secara berterusan.

Jika semua itu dilakukan, insyaAllah jumlah list serta sale yang terkumpul akan menjadi lebih banyak.

Baiklah, sekarang anda dah pun tahu teknik yang saya gunakan...Jadi anda dah boleh bertindak sekarang...Untuk hasil yang terbaik, pastikan anda :

  • Ubah sedikit supaya nampak kelainan daripada client saya yang lain.
  • Pastikan squeeze page anda nampak pro dan mobile friendly.
  • Pastikan anda berbanyakkan guna smiley ketika reply komen.
  • Pastikan anda reply komen sepantas yang mungkin jika anda mampu.
  • Gunakan ayat yang manis ketika reply pertanyaan daripada prospek.

Selamat mencuba... ğŸ˜Ž